20
Sat, Apr

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

PUTRAJAYA, 18 Mac – Maritim Malaysia mengaktifkan semula OP KHAS PAGAR LAUT di seluruh perairan negara khususnya di kawasan titik panas (hotspot) sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Operasi khas ini dijalankan dalam empat fasa bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 Mac hingga 17 Mac 2024.

Diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April).

Seterusnya Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 April hingga 16 April) dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April).

Bakal melibatkan sebanyak 45 pelbagai aset milik Agensi dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara, OP KHAS PAGAR LAUT dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas

sempadan seperti pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara.

Justeru, sepanjang operasi berkenaan, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

Selain rondaan dan operasi yang dijalankan, Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset milik Agensi bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sekiranya berlaku sebarang insiden kemalangan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti.

Untuk rekod, pada tahun lalu Maritim Malaysia telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta.

 

WhatsApp Image 2024 03 18 at 5.23.06 PM   WhatsApp Image 2024 03 18 at 5.23.07 PM 1   WhatsApp Image 2024 03 18 at 5.23.08 PM   WhatsApp Image 2024 03 18 at 5.23.09 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON