25
Thu, Apr

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 19 Mac – Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 1.6 batu nautika barat laut muara Sungai Burung, Perak pada jam 6.30 petang, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan Maritim Malaysia dalam rondaan OP SAYONG / OP TANJUNG / OP PINTAS / OP TIRIS / OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua individu bertindak agresif mengemudi bot secara berbahaya untuk meloloskan diri dan merempuh bot penguat kuasa.

Rempuhan itu menyebabkan bot nelayan tersebut mengalami kerosakan pada bahagian rumah kemudi dan kedua-dua nelayan ditahan anggota penguat kuasa.

Dua lelaki yang ditahan merupakan warga Indonesia berumur 33 dan 42 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan gagal mengemukakan dokumen untuk beroperasi.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Kedua-dua individu berjaya ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 03 19 at 4.29.18 PM 1

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON