25
Thu, Apr

TIGA BUAH BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

PULAU PINANG, 22 Januari – Maritim Negeri Pulau Pinang menahan tiga bot nelayan tempatan (BNT) di sekitar kedudukan 10.5 hingga 42 batu nautika barat daya Pulau Kendi  atas pelbagai kesalahan petang semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pada awalnya bot ronda Maritim Malaysia telah menahan sebuah BNT kelas C pada jam 2.30 pagi semalam sewaktu melaksanakan OP TIRIS 3.0 .

Jelas beliau, penahanan dilakukan ke atas empat kru warga Myanmar yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah seksyen 8 (b) melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika.

Kempat - empat kru berkenaan juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah seksyen (1) (C) iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

Tambah beliau, KM BURAU juga telah mengesan sebuah BNT kelas C2 sebelum melakukan pemeriksaan rutin di sekitar 42.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi. Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan lima orang kru warga Myanmar berumur lingkungan 24 hingga 45 tahun.

Maritim Malaysia kemudiannya menahan bot kedua disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah seksyen 8 (b) dan Akta Imigresen 1959/63 di bawah seksyen 6(1)(c) iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Komander Nak Rong, ketika anggota pasukan meminta untuk dokumen pengenalan diri, kelima - lima kru terbabit gagal mengemukakan dokumen seperti yang diminta. Justeru bot kedua ini ditahan bersama hasil laut dianggarkan 1,000 kilogram.

Lanjutan daripada itu, selang beberapa minit anggota bot peronda yang bertugas telah menahan BNT ketiga terdiri daripada lima kru warga Thailand di sekitar 25 batu nautika barat daya Pulau Kendi. Sewaktu pemeriksaan, dua kru didapati tidak mempunyai kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Sehubungan itu, kesemua suspek ditahan bersama tangkapan ikan dianggarkan 400 kilogram serta bot telah diiring ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 8(b).

Jika terdapat sebarang insiden yang tidak diingini yang berlaku di laut dimohon agar disalurkan di talian 04-2620621 atau hubungi MERS 999.

 

PENANG BNT 6   PENANG BNT 4   PENANG BNT 3     PENANG BNT 9
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON