WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 28 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menzahirkan kesyukuran apabila Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, Sultan Negeri Pahang Darul Makmur telah berkenan menyampaikan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang, Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama iaitu Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Haji Ahmad Puzi Bin Haji Ab Kahar yang membawa gelaran sebagai Dato’ Sri.
 
Dalam masa sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Dato’ Zulkifili Bin Abu Bakar turut diperkenan untuk menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama iaitu Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’.
 
Penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dilaksanakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur.