WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) merupakan inisiatif demi menjaga kebajikan kepada warga/waris pasukan keselamatan yang meninggal/mengalami kecederaan semasa melaksanakan tugas mempertahankan negara atau dalam kategori tugas-tugas aktif. Sehubungan itu, APMM merupakan salah satu agensi yang menerima benefisiari daripada penubuhan tabung tersebut. TAPPN ini adalah diletakkan dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai Sekretariat dalam menyelaras permohonan daripada 11 agensi pasukan keselamatan. Mesyuarat Lembaga Pengurus yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan adalah sebagai panel dalam memperhalusi serta mempertimbangkan segala keputusan berkaitan dasar dan permohonan TAPPN.    

3.  Sehingga kini, rekod penerimaan bayaran TAPPN bagi warga APMM mulai tahun 2011 adalah seramai 5 penerima yang telah mengalami kecederaan parah/ringan semasa bertugas. Justeru itu, dengan adanya penghebahan melalui medium ini dapat membantu peningkatan kesedaran terhadap warga APMM yang bertugas di lapangan operasi berkaitan perlindungan diri/kebajikan sekiranya mengalami sebarang musibah yang diluar jangka semasa bertugas. Sebarang permohonan TAPPN daripada warga APMM hendaklah melalui Cawangan Sumber Manusia, Ibu Pejabat APMM untuk dikordinasikan dengan pihak Sekretariat.  

4.  Bersama-sama ini, disertakan pautan bagi contoh borang permohonan TAPPN dan maklumat TAPPN untuk rujukan lanjut.

    -   Borang permohonan TAPPN    - Maklumat Lanjut TAPPN

 

Sekian, terima kasih.        

Cawangan Sumber Manusia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia