LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

                                                                                           MAJALAH SEAHAWK 
SEAHAWK Seahawk Siri 2 Seahawk Siri 3

tab-borang-daftar   tab-galeri  tab-aktiviti
Logo KESMAR

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

(PPM002-16-05122007)

Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (KESMAR) telah ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah Seksyen 7(1), Akta Pertubuhan 1966 iaitu berperanan di dalam menjaga hal-hal kebajikan ahli dan keluarga/waris melalui sumbangan kewangan yang melibatkan kematian dan persaraan.

Disamping itu, KESMAR turut memberikan kemudahan bersukan dan beriadah kepada ahli-ahli melalui penganjuran sukan, program kerohanian/sahsiah dan sebagainya. Keberkesanan penubuhan KESMAR juga sebagai usaha memupuk semangat berpasukan/saling bekerjasama dan kesetiaan diantara sesama ahli dalam agensi dalam usaha membentuk warga yang berketerampilan dengan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.

 

PUTRAJAYA, 28 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menzahirkan kesyukuran apabila Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, Sultan Negeri Pahang Darul Makmur telah berkenan menyampaikan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang, Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama iaitu Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Haji Ahmad Puzi Bin Haji Ab Kahar yang membawa gelaran sebagai Dato’ Sri.
 
Dalam masa sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Dato’ Zulkifili Bin Abu Bakar turut diperkenan untuk menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama iaitu Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’.
 
Penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dilaksanakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur.