19
Tue, Mar

OP PERTIWI / OP TIRIS | LAKUKAN AKTIVITI TANPA KEBENARAN, DUA KAPAL DITAHAN

GEORGETOWN, 7 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki serta tug boat sekitar jam 2.10 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan sebuah kapal tangki MT MEKAR JAYA dan sebuah tug bot YKP KARISHMA merapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan ketika melaksanakan rondaan rutin OP PERTIWI/OP TIRIS di 0.16 batu nautika timur perairan Persiaran Karpal Singh.

Maklumat ini hasil dari risikan yang dilakukan hampir seminggu di perairan Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan, kapal tangki MT MEKAR JAYA berbendera Malaysia dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda iaitu tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun manakala tug bot YKP KARISHMA berbendera Thailand dikendalikan enam kru termasuk nakhoda iaitu empat warga Indonesia dan dua warga Thailand berumur dalam lingkungan 35 hingga 51 tahun.

Kesemua kru kapal tangki dan tug boat memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memaklumkan Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak Ship to Ship (STS) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membenarkan barang kawalan iaitu diesel ditempat tidak dilesenkan.

Nakhoda dan ketua jurutera kapal serta tug bot termasuk dokumen berkaitan telah dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

 

OP PERTIWI 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON