MERSING, 17 Ogos – Empat pemancing ditemui selamat setelah berdepan detik cemas kerana bot yang dinaiki terbalik di perairan Pulau Tengah, Mersing petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam bin Misran berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Mersing menerima aduan daripada pengurus sebuah resort di pulau memaklumkan terdapat empat pemancing rakyat tempatan terkandas di pantai pulau tersebut kerana bot yang dinaiki terbalik akibat cuaca buruk.
Sejurus menerima maklumat, bot Perkasa 44 dari Zon Maritim Mersing telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan sewajarnya.
Mangsa, Faizal Bin Dollah, 43, Mohamad Fairuz Bin Daron, 35, Mohd Rizal Bin Hassan, 34, Mohamad Asyraf Bin Ali, 33 yang semuanya berasal dari Mersing telah ditemui dalam keadaan selamat serta tiada kecederaan dilaporkan.
Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk pemeriksaan kesihatan.
Maritim Malaysia mengingatkan seluruh komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutamanya ketika keadaan laut yang bergelora dan cuaca yang tidak menentu. Tangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Amalkan langkah keselamatan semasa berada di laut dengan memakai jaket keselamatan dan membawa bersama peranti Personal Located Beacon (PLB) bagi memudahkan pihak APMM mengenal pasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan. Sebarang kecemasan dan aduan jenayah segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.