25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

BOT PANCING KARAM, ENAM PEMANCING SELAMAT

LANGKAWI, 7 Ogos - Enam pemancing terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di kedudukan 8.2 batu nautika tenggara Pulau Timun, sekitar jam 6 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang nelayan Suhaimi bin Md Din sekitar jam 8.55 pagi tadi, memaklumkan bahawa enam orang sedang terapung di laut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis kemudian mengatur gerak bot PERKASA 1228 ke lokasi kejadian dan mendapati keenam-enam mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

Semua mangsa seterusnya dipindahkan ke atas bot PERKASA 1228 untuk dibawa balik ke Jeti Maritim Bukit Malut, Langkawi.

Kesemua mangsa berumur lingkungan 34 tahun hingga 70 tahun itu dalam perjalanan pulang dari memancing ke Kuala Perlis pada jam 4 petang.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam, bot mangsa dipercayai telah dimasuki air akibat cuaca buruk  ketika menuju ke tengah laut.

Bot mulai tenggelam dan mangsa berusaha menyelamatkan diri dengan mengguna pakai segala peralatan yang ada.

Ketika diselamatkan semua mangsa memakai jaket keselamatan dan berpaut pada bumbung bot yang timbul setelah keseluruhan badan bot telah tenggelam.

 Seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut akibat keletihan  setelah berapung  hampir 16 jam.

Maritim Malaysia mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-9662750.

 

2    4 
     
 5    
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC