KUALA PERLIS, 22 Julai – Sebuah bot Kelas A nombor pendaftaran KHF 1770 telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis pada jam lebih kurang 2.40 pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain, bot berkenaan sanggup melakukan aktiviti dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan di samping bagi mengaburi mata pihak berkuasa sebelum ditahan pada kedudukan lebih kurang 1.2 batu nautika dari barat Sungai Berembang, Perlis.
Sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Aman/Op Benteng Laut di sekitar perairan Negeri Perlis malam tadi telah tiba ke lokasi tangkapan setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis mengenai pencerobohan kawasan tangkapan siput oleh bot tersebut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut yang berpangkalan di Jeti Kuala Kedah menceroboh masuk ke Perairan Negeri Perlis menangguk siput retak seribu secara haram tanpa kebenaran. Kesalahan tersebut adalah di bawah Seksyen 11 (3) (C) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. Ini merupakan tangkapan kedua dalam minggu yang sama bot Kelas A ditahan di perairan Perlis.
Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan telah menemui tekong dan tiga awak-awak kesemuanya warga tempatan yang berumur lingkungan 38 hingga 46 tahun berada di atas bot tersebut.
Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin dan siput retak seribu sekitar RM 100 960.00.
Menurut beliau lagi, kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Tindakan bot nelayan berkenaan yang melakukan penangkapan siput di kawasan berkenaan telah menyebabkan ekosistem marin terjejas dan menyebabkan nelayan tempatan kekurangan sumber pendapatan.
Maritim Malaysia sentiasa mengambil maklum terhadap aduan berhubung pelanggaran undang-undang yang sebahagiannya membabitkan kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha bot siput.
Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia.
Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT
TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)
PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS
PERKEMBANGAN KES TEMBAKAN DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA
OP KHAS PAGAR LAUT | DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA CEDERA TERKENA TEMBAKAN
LAWATAN KEBAJIKAN KSU KDN ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN
TAWAU, 12 APRIL – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama isteri mengadakan lawatan kebajikan ke atas Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel, Ketua Bot BANGGI 48 dari Zon Maritim Lahad Datu yang cedera susulan insiden berbalas tembakan semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot pada 7 April lalu, kira-kira pada jam 8.40 pagi di Kampung Pangi, Kunak.
Ketibaan beliau dan isteri pagi tadi disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi, Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin bersama Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Tawau, Dr. Azman bin Ibrahim.
Terdahulu, dalam kejadian tersebut sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang digunakan suspek telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot BANGGI 48 milik Maritim Malaysia ketika anggota bot cuba menghampiri bot suspek untuk pemeriksaan rutin OPERASI KHAS PAGAR LAUT.
Berikutan itu anggota penguat kuasa Bot BANGGI 48 yang terdiri seramai enam orang bertindak membalas tembakan ke arah suspek sebagai tindakan mempertahankan diri serta cubaan menangkap kesemua suspek tersebut.
Suspek kemudiannya melarikan diri dengan memecut laju bot yang sama ke arah sempadan perairan.
Insiden penembakan itu telah menyebabkan kecederaan ke atas Ketua Bot KILAT 48 yang mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing impak daripada tembakan tersebut.
Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah selesai menjalani pembedahan mata dan disahkan buta mata kiri akibat serpihan benda asing tersebut mengenai saraf mata kiri beliau, beliau telah dimasukkan ke Wad 8, Hospital Tawau dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan susulan.
Datuk Haji Ruji bagi pihak Kementerian Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan kepada anggota Maritim Malaysia tersebut serta sempat memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk terus tabah dengan ujian ini.
Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan ini ialah YB Datuk Andy Muhamad Suryandy bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan merangkap Pembantu Menteri KBS Sabah.