BINTULU, 18 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan dua bot tunda beserta dua tongkang yang sedang leka memindahkan muatan barangan bercukai tanpa kebenaran pada jarak lebih kurang tiga batu nautika dari muara Sungai Kemena Bintulu, sekitar jam 6.00 petang, semalam.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot dan tongkang itu dikesan sedang leka memindahkan muatan barangan bercukai yang disyaki kayu balak import dari Papua New Guinea tanpa kebenaran.
Hasil pemeriksaan dan penggeledahan, mendapati kesemua bot tunda dan tongkang tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan barangan bercukai di laut serta gagal mengemukakan Borang Kebenaran Pelepasan Pelabuhan daripada pihak berkuasa.
Manakala sebuah bot tunda dan sebuah tongkang juga turut gagal mengemukakan Domestic Shipping Licence (DSL).
Seramai 15 kru bot tunda dan tongkang ditahan termasuk dua nakhoda, berumur dalam lingkungan 23 hingga 56 tahun terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan, lapan lelaki warga Indonesia, dua lelaki warga India dan dua lelaki warga Myanmar yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta permit bekerja di atas bot tunda dan tongkang tersebut.
Muatan disyaki kayu balak berjumlah lebih kurang 700 batang juga didapati berada di atas kedua-dua tongkang semasa pemeriksaan dilakukan.
Kesemua 15 kru beserta dua bot tunda dan dua tongkang ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.
Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan amat mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.