KOTA TINGGI, 20 Januari - Sebuah bot membawa lebih kurang 27 orang penumpang termasuk tekong dan awak-awak disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah karam di Teluk Ramunia dalam cubaan memasuki perairan Johor awal pagi tadi.
Terdahulu, pada jam 3.45 pagi radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia telah mengesan satu sasaran curiga sedang bergerak dari perairan Pulau Bintan, Indonesia menuju perairan negara. Maklumat daripada pengesanan ini telah disalurkan kepada aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang beroperasi bagi mengesan sasaran curiga tersebut.
Berikutan itu aset TLDM telah mengesan sebuah bot kayu anggaran panjang 15 meter berserta tiga buah enjin berkuasa 200 kuasa kuda yang bertindak melarikan diri secara agresif dan merbahaya sebelum terbalik dan karam di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia pada jam 4.50 pagi tadi. Ekoran kejadian itu, seramai 21 orang mangsa ditemui dengan 19 orang selamat terdiri dari 10 wanita serta sembilan lelaki. Manakala dua lagi mangsa wanita ditemui mati.
Pada jam 7.30 pagi tadi tiga orang lagi mangsa wanita telah ditemui mati di kedudukan 0.7 batu nautika tenggara Tanjung Bulat dan menjadikan baki seramai tiga orang mangsa masih belum ditemui.
OP CARILAMAT ini turut dibantu oleh tujuh buah aset dengan kekuatan seramai 97 orang pegawai dan anggota daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), TLDM serta komuniti nelayan.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.