LABUAN, 4 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan (ZML) telah mengkoordinasikan operasi carilamat (Search and Rescue) di sini, semalam
Pusat Operasi ZML telah menerima panggilan daripada Pusat Operasi BOMBA Labuan pada jam lebih kurang 4.10 petang berhubung kejadian 2 remaja telah hilang di pesisir pantai dan dipercayai lemas. Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di Pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Jalan Sg. Pagar, Labuan.
Pasukan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan dan setiba di lokasi telah menerima maklumat salah seorang mangsa telah diselamatkan di lokasi kejadian serta dalam keadaan selamat. Mangsa yang diselamatkan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Labuan untuk rawatan lanjut.
Pencarian carilamat diteruskan sehingga ke hari kedua dan mangsa terakhir telah dijumpai pada jam lebih kurang 5.55 pagi oleh pasukan penyelamat di pantai dengan jarak 50 meter daripada lokasi kejadian. Mangsa telah disahkan meninggal dunia kerana lemas dan telah dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan susulan. Antara agensi lain yang terlibat dalam operasi carilamat seperti PDRM, PPM, JBPM, KKM, MKN, Perbadanan Labuan dan UMSKAL.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada semasa beriadah di persisir pantai lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini berlaku. Sebarang kecemasan boleh terus disalurkan di talian 999 ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999
LEFTENAN DYA (M) DILSA BIN AKMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Zon Maritim Labuan
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.