KUANTAN, 16 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan satu bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar syarat sah lesen pada jarak kira- kira 13.8 batu nautika timur Laut Kuala Sungai Endau, pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang, aset Maritim Malaysia telah mengesan satu bot tersebut sedang menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik dihampiri aset Maritim Malaysia.
Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan tersebut dikendalikan tekong warganegara Vietnam bersama awak-awak warganegara vietnam kesemuanya seramai 7 orang berumur antara 30 sehingga 41 tahun. Hasil pemeriksaan lanjut dokumen berkaitan mendapati bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menggunakan peralatan kail mengail dan menggunakan permit kerja pukat jerut.
Kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bersama peralatan menangkap ikan dan hasil untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Setakat hari ini Maritim Negeri Pahang merekodkan sebanyak 11 kes atas pelbagai kesalahan dan akan terus giat mengawal perairan negara mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ketika ini. . Seterusnya memastikan keselamatan diutamakan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan dan mengelakkan dari berhadapan cuaca buruk.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.