JOHOR BAHRU, 4 Julai - Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Saint Kitts and Nevis telah mengulangi kesalahan yang sama dengan berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor di kedudukan 10.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, sekitar jam 2.00 petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, kapal tersebut pernah ditahan pada 20 Disember 2020, atas kesalahan yang sama dan telah didenda sebanyak RM50 ribu bagi kesalahan tersebut.
Penahanan kali ini dilakukan oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi di sekitar perairan terbabit dan telah mengesan kapal tersebut berlabuh secara haram.
Pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 10 kru terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar berumur di antara 24 hingga 56 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dan mengikut rekod penahanan ini adalah kali kedua ke atas kapal yang sama dalam tempoh kurang dari setahun.
Kapal dan kru telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Penahanan ini telah menunjukkan bahawa masih terdapat kapal-kapal yang masih berdegil dan cuba mencabar undang-undang negara. Pihak Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Johor akan terus menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membanteras isu kapal-kapal yang bersauh secara haram di perairan Negeri Johor.
Maritim Malaysia juga akan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terjamin dan terpelihara. Sebarang aduan salah lalu jenayah maritim di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.