18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

KAPAL TANGKI, BOT NELAYAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 1 Julai - Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor di dua lokasi berbeza petang semalam kerana melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, penahanan pertama melibatkan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Sierra Leone pada posisi 16.8 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Kechil sekitar jam 1.40 petang, manakala sebuat bot nelayan tempatan telah ditahan pada kedudukan 22.6 batu nautika timur Tanjung Sedili Besar sekitar jam 3.45 petang.

Kedua-dua penahanan ini dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang menjalankan operasi penguatkuasaan di sekitar perairan Johor Timur.

Kapal tangki yang ditahan itu dikendalikan oleh tujuh kru warga Indonesia berusia antara 36 hingga 54 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan telah ditahan seterusnya akan disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Manakala pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan oleh empat kru warga Indonesia mempunyai dokumen serta permit yang sah berusia antara 20 hingga 44 tahun itu pula didapati telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menunda pukat kurang dari 30 batu nautika. Kesemua kru dan bot nelayan tempatan tersebut telah ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili bersama-sama nakhoda kapal tangki yang ditahan bagi siasatan lanjut.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.

 

 WhatsApp Image 2021 07 01 at 16.45.44 1    WhatsApp Image 2021 07 01 at 16.45.44
 WhatsApp Image 2021 07 01 at 16.45.56 1    WhatsApp Image 2021 07 01 at 16.45.56
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC