KOTA TINGGI, 8 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah menahan sebuah kapal tangki dan sebuah bot tunda bersama tongkang kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, kapal tangki yang berdaftar dari Hong Kong itu telah ditahan pada kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Siang manakala bot tunda berdaftar dari Singapura pula telah ditahan di kedudukan 1.8 batu nautika timur Tanjung Ayam.
Penahanan keatas kedua-dua buah vesel dilakukan sekitar jam 12.00 tengah hari semalam berikutan laporan pengesanan yang telah diterima oleh Maritim Malaysia. Dalam operasi tersebut Maritim Malaysia telah menugaskan sebuah kapal dan bot ronda untuk ke lokasi sasaran pengesanan.
Penahanan pertama dilakukan terhadap bot tunda berserta tongkang yang dikendalikan lima kru warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 29 tahun hingga 50 tahun.
Penahanan kedua pula dilakukan terhadap kapal tangki yang dikendalikan oleh 21 kru warga Indonesia juga mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 23 tahun hingga 58 tahun.
Kedua-dua nakhoda kapal didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh serta pemakluman ketibaan di perairan Malaysia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk rekod, sebanyak 45 buah kapal telah ditahan dalam OP Jangkar Haram dan menjadikan keseluruhan kes dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 oleh Maritim Negeri Johor bagi tahun 2021 sehingga hari ini adalah sebanyak 63 kes.
Maritim Malaysia ingin menegaskan kepada semua pemilik dan nakhoda kapal supaya memastikan segala prosedur dan peraturan dipatuhi sebelum memasuk dan bersauh di perairan Malaysia. Pihak Maritim Malaysia akan sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara dipelihara.
Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.