PELABUHAN KLANG, 25 Mei – Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menyelinap masuk secara haram melalui persisiran pantai Sungai Janggut, Kapar, Selangor pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, telah menerima laporan awam daripada komuniti Sungai Janggut mengenai pendaratan PATI di sekitar ladang sawit Jalan Tambak Jawa, Sungai Janggut, Kapar.
Berikutan itu, Maritim Malaysia Negeri Selangor terus mengatur gerak bot BENTENG 02 bagi meninjau lokasi di sekitar perairan tersebut.
Pada masa yang sama Maritim Negeri Selangor mengatur operasi darat bersama Pasukan Gerak Am (PGA) PDRM Batalion 4 Pos Pantai Remis Kuala Selangor ke lokasi bagi menyerbu dan menahan kumpulan suspek.
Tinjauan darat menemukan seorang PATI sedang bersembunyi di semak berhampiran lokasi pendaratan. Hasil siasatan terdapat ramai lagi PATI yang sedang bersembunyi daripada dikesan oleh penduduk kampung dan pasukan operasi.
Kesemua 26 PATI berjaya diberkas dengan kerjasama penduduk kampung Sungai Janggut.
Berdasarkan pemerhatian dan pengesanan di lokasi, kumpulan PATI ini dipercayai memasuki perairan Malaysia menggunakan bot dari Indonesia dan terus berpatah balik setelah mendaratkan PATI.
Aset Maritim Malaysia yang berada di perairan Selangor telah diarahkan untuk mengesan dan menjejak bot yang dipercayai terlibat di dalam aktiviti kemasukan PATI tersebut.
Kesemua PATI yang ditahan disyaki warga Indonesia, terdiri dari 21 lelaki serta 5 wanita berumur lingkungan 17 hingga 53 tahun dan telah diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.
Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 yang beroperasi secara 24 jam atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.