19
Jum, Apr

Grid List

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

MARITIM PAHANG REKOD KES PERTAMA BUBU NAGA

KUANTAN, 29 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah merampas tujuh set bubu naga di sekitar perairan Sungai Ular pada jam 10.10 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, bubu naga merupakan alatan terlarang bagi menangkap hasil laut dan ini merupakan kes pertama melibatkan bubu naga di perairan Pahang.

Semasa rondaan Op Makmur di pesisir pantai Sungai Ular sekitar jam 10.00 pagi, tim ronda telah menemui 7 set berupa peralatan menangkap ikan yang mencurigakan iaitu bubu naga yang berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap set.

Kesemua bubu tersebut dirampas dan dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Pahang untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamanya nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

049a2527 c4e7 43fe b2cb 9cf6dfc7e205   ffd1cc11 bcb3 4621 bf3a 66b094e0721e
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC