18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

EMPAT NELAYAN ASING BOT KELAS C DITAHAN, PERMIT KERJA TAMAT TEMPOH

 KUANTAN, 22 April -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada jarak kira- kira 1.0 batu nautika tenggara Kuala Kuantan petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, semasa bot ronda Maritim Malaysia melaksanakan rondaan Op Makmur di sekitar perairan Kuala Kuantan, telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik dihampiri aset Maritim.

Bot tersebut berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati empat kru termasuk tekong warga Myanmar berumur antara 27 sehingga 36 tahun  disyaki melakukan kesalahan kerana permit kerja telah tamat tempoh serta dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang mencurigakan.

Kesemua mereka bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat satu tan ditahan dan diiringi masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah  Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat lesen dan syarat pas kerja.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

590db602 c150 4b73 9f01 fb681aa575c9   74de27b4 d095 4767 bb34 ce739a225059
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC