Kuching, 11 April - Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching, Sarawak telah mengaktifkan operasi CARILAMAT di perairan Igan berikutan laporan kejadian seorang kru bot nelayan yang disyaki jatuh laut hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, MRSC Kuching telah menerima maklumat daripada Balai Polis Ulu Lanang menyatakan seorang kru bot nelayan tempatan dipercayai jatuh laut awal pagi tadi, pada jarak lebih kurang 19 batu nautika dari Kuala Igan.
Rakan mangsa telah menelefon majikan menyatakan bahawa mangsa dikhuatiri telah jatuh dari bot dan menyedari mangsa hilang serta tiada di atas bot pada jam 8.00 pagi tadi.
Mangsa Azrie Shafian bin Floren, 28, warga tempatan dikatakan kali terakhir memakai baju warna biru dan berseluar pendek hitam.
Setakat jam 7.30 malam tadi, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pencarian memfokuskan di sekitar posisi terakhir mangsa dipercayai jatuh laut.
Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544.
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.