19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

OP SAR: EMPAT MANGSA LEMAS MANDI PANTAI, DITEMUI

Kuantan, 1 Mac - Mangsa lemas terakhir yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Sungai Ular, 27 Februari lalu, ditemui jam 12.45 tengah hari, semalam.

Mangsa Mohd Fazrul Hakimi bin Mohd Ariffin, 11, dijumpai orang awam kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dan dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 1.30 petang, semalam.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, mangsa dikatakan bersama ahli keluarganya ke pantai berhampiran kediaman mereka iaitu Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular. Jarak  antara kediaman mereka dengan pantai sekitar 200 meter.Mereka berempat dipercayai turun bermain di pantai kira-kira jan 5.30 petang dan didapati lemas sekitar jam 5.45 petang.

Walau bagaimanapun seorang mangsa Fitrah Dhia Zulaikha binti Zaidi ,13, berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan, namun meninggal dunia selepas diselamatkan.    Dua lagi mayat ditemui di sekitar tempat kejadian pada lebih kurang jam 6.00 petang, Sabtu lalu. Mayat yang temui dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa binti Zaidi , 9 tahun dan Nor Najwa binti Ariffin ,13 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohamad Suhairy bin Hussain berkata, sebaik Maritime Rescue Sub Centre (MRSC)  Kuantan menerima panggilan MERS 999 berkenaan kejadiaan, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) segera diaktifkan bagi operasi pencarian seorang lagi mayat yang masih belum ditemui, ketika itu.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan beberapa agensi antaranya Maritim Malaysia, Bomba, Polis Marin, Angakatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan tempatan juga turut serta dalam pencarian ini.

Suhairy mengingatkan orang ramai dan penduduk sekitar supaya berhati- hati dan berwaspada apabila beriadah di pantai memandangkan musim tengkujuh masih lagi belum berakhir dangan laut bergelora dan angin kuat.

Sebarang aduan dan kecemasan dilaut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

 1   3 
     
 4    2
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC