20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

KAPAL TANGKI DITAHAN, GAGAL MAKLUM KETIBAAN

KOTA TINGGI, 6 Februari - Sebuah kapal tangki telah ditahan kerana gagal memaklumkan ketibaan di perairan Johor Timur, petang semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan bin Zainon berkata, kapal tangki tersebut ditahan berdasarkan Laporan Aktiviti Tanpa Pematuhan daripada Lembaga Pelabuhan Johor sekitar jam 1.16 petang di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.
 
Kapal yang berdaftar di Basseterre itu dikendalikan tujuh kru warga Indonesia termasuk nakhoda, berusia antara 25 hingga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
 
Nakhoda kapal didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
 
Kapal seterusnya ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 449 kerana gagal memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Jabatan Laut Malaysia. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan boleh dibaca bersama Kaedah 10(1) Peraturan Pelabuhan Persekutuan 1953 - Report of arrival yang mana boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali serta mana-mana kesalahan lain dibawah mana-mana Akta Persekutuan.
 
Maritim Malaysia terus komited melaksanakan tugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang negara. Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran dari Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan sebarang aktiviti di perairan Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan lebih tegas diambil.
WhatsApp Image 2021 02 06 at 15.12.52 1
 
WhatsApp Image 2021 02 06 at 15.12.52
 
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC