20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

BOT TEMPATAN KELAS A GUNA PUKAT TUNDA, DITAHAN

cover1

 

TANJUNG MANIS, 28 Januari – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas A ditahan ketika bot berkenaan menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat tunda di Zon A sekitar pesisir pantai Kampung Alit, Kabong pada jam lebih kurang 12.56 tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, aktiviti nelayan itu dikesan oleh aset Maritim Malaysia sekitar jam 12.30 tengah hari semasa melakukan rondaan OP PERMAI di perairan Kabong.

Sebelum ini, Maritim Malaysia Tg Manis  telah mengingatkan komuniti nelayan agar tidak melanggar dan menyalahi syarat sah lesen bagi bot Kelas A dengan melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda dalam zon yang tidak dibenarkan.

Dua nelayan warga tempatan berumur 25 tahun dan 52 tahun itu ditahan berserta bot dan ikan campur, seterusnya diiring ke Jeti Penumpang Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.

WhatsApp Image 2021 01 28 at 16.17.49

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim dan nelayan agar sentiasa mematuhi syarat sah lesen bot serta mengutamakan keselamatan mereka apabila mengadakan sebarang aktiviti di laut dengan setiasa memakai jaket keselamatan.

Orang ramai disarankan untuk menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigakan menerusi talian 084-613292 (Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis)/Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999.

 

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC