20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM BATU PAHAT RAMPAS 47 SET BUBU NAGA

BATU PAHAT, 2 Januari – Sebanyak 47 set bubu naga berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat di perairan Batu Pahat sekitar jam 3.00 petang semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad bin Othman berkata, rampasan dibuat dalam satu operasi ketika bot ronda Zon Maritim Batu Pahat sedang melaksanakan rondaan Op JAKSA di sepanjang perairan Muar hingga Pontian.
 
Hasil maklumat orang awam, sebanyak 47 set bubu naga telah dikesan dan dipasang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam.
Kesemua set bubu naga tersebut telah dirampas dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut.
 
Sepanjang tahun 2020, Zon Maritim Baru Pahat telah merekodkan 97 kes membabitkan bubu naga dan sebanyak 1,179 set bubu naga telah dirampas dengan anggaran nilai rampasan RM176,850.00.
 
Situasi ini menggambarkan, masih terdapat kelompok nelayan yang mengambil jalan mudah bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan akibat kepada kelangsungan ekosistem perikanan negara serta mata pencarian nelayan tradisional yang lain.
 
Pihak Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti haram ini dari semasa ke semasa dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti termaktub dalam Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan..
Maritim Malaysia juga turut meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.
 
Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020.
WhatsApp Image 2021 01 02 at 11.15.35
 

WhatsApp Image 2021 01 02 at 11.15.35 1

WhatsApp Image 2021 01 02 at 11.16.07

 
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC