OP BENTENG LAUT:  MARITIM KUALA PERLIS TAHAN BOT RAWA SORONG  

KUALA PERLIS, 25 September - Sebuah bot tanpa nombor pendaftaran ditahan  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika daripada barat pantai Sungai Baru, Perlis pada jam 1.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis,  Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, semasa menghampiri bot tersebut, bot peronda Maritim Malaysia terlanggar objek keras di permukaan air iaitu buluh panjang yang digunakan untuk menangkap ikan dan disyaki dibuang oleh tekong bot terbabit sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.m Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Perlis mengesan sebuah bot yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan kaedah rawa sorong.

"Bot peronda Maritim Malaysia seterusnya bertindak mengejar bot terbabit dan mendapati seorang tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot dan berenang melarikan diri ke daratan berhampiran sebelum pihak berkuasa menghampiri mereka," jelas Shafie.

Menurut Shafie, pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati tiada hasil tangkapan yang ditemui dan disyaki ianya baharu sahaja keluar untuk menangkap ikan. Anggaran nilai  rampasan bot terbabit berserta enjin sangkut bergalah adalah sekitar RM6000.

Bot tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan dan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 jadual 2 iaitu menggunakan kaedah penangkapan ikan dengan menolak di sepanjang dasar laut dengan menggunakan bot berjentera.

“Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

WhatsApp Image 2020 09 25 at 3.46.34 PM   WhatsApp Image 2020 09 25 at 3.46.35 PM 1