PELABUHAN KLANG, 25 Ogos – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menangkap ikan di kedudukan 2.2 batu nautika Barat Daya Sg Hj. Durani, Selangor lebih kurang jam 9.15 malam, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, bot nelayan tempatan Kelas B1 itu ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menunda kurang dari 8 batu nautika.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, empat lelaki berada di atas bot berkenaan termasuk tekong. Tekong adalah warga tempatan manakala tiga lagi warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurut Rosli, mereka baru sahaja menurunkan pukat dalam beberapa minit sebelum bot peronda Maritim Malaysia tiba. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun ditahan bersama ikan campur dalam anggaran 20 kilogram.
Bot dan kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti LKIM, Kuala Selangor untuk disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
"Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor dan akan terus meningkatkan pemantauan dan mengukuhkan sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng laut di bawah National Task Force (NTF) dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penularan pandemik COVID-19 dan jenayah rentas sempadan’’ ujar beliau.
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.