OP BENTENG: LAPAN WARGA ASING CURI HASIL LAUT HINGGA 2 BATU NAUTIKA

WhatsApp Image 2020 08 20 at 4.48.56 PM 1 WhatsApp Image 2020 08 20 at 4.48.56 PM 

 

PELABUHAN KLANG, 20 Ogos – Nelayan asing warga Indonesia dilihat degil dan melampau, dengan memasuki serta mencuri hasil laut negara sehingga ke jarak sekitar 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pihaknya melakukan tangkapan terhadap empat bot fiber dalam waktu berasingan dan menahan lapan lelaki warga Indonesia sedang leka mencuri hasil laut negara.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama, dua warga Indonesia gagal kemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot kedua, dua warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri tetapi telah tamat tempoh. Seterusnya penahanan bot ketiga dan keempat, turut mendapati empat lelaki warga Indonesia melakukan kesalahan yang sama iaitu dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh,” ujar beliau.

Menurut Rosli, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 24 hingga 46 tahun ditahan bersama ikan campur dianggarkan sebanyak 9 kilogram dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985. "Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor,” tambah beliau.