GEORGETOWN, 8 Ogos – Maritim Negeri Pulau Pinang menahan dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas A pada jam 3 pagi hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, sebuah bot tempatan kelas A tanpa nombor pendaftaran ditahan di kedudukan 2.2 batu nautika Utara Batu Ferringhi bersama seorang tekong lelaki warganegara tempatan, 24 tahun serta dua lelaki dipercayai etnik Rohingya, 24 dan 38 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
Sementara itu, sebuah lagi bot tempatan kelas A turut ditahan kira-kira 0.4 batu nautika Timur Laut Tanjung Tokong. Bot tersebut dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan, 30 tahun bersama-sama empat awak-awak warga tempatan berumur lingkungan 24 hingga 34 tahun yang didapati menggunakan peralatan menangkap ikan (pukat lohong) tanpa lesen yang sah.
Kedua-dua bot berkenaan bersama dua tekong dan enam awak-awak, satu pukat hanyut, satu pukat lohong dan anggaran 30kg ikan campur disita dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat MN Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan.
kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985, Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang, 04-2626146 / 04-264 3650
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.