GEORGETOWN, 26 Julai - Operasi Carilamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai jatuh laut ketika memancing telah berjaya ditemui pagi ini.Menurut Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun, mangsa, Gananaphan A/L Yenlengkumaran, 27 tahun dijumpai oleh bot nelayan tempatan di perairan Karpal Singh pada jam lebih kurang 10.20 pagi dan dibawa ke Jeti Perikanan Karpal Singh."Seterusnya, mangsa diserahkan kepada Balai Polis Seberang Perai dan dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi bedah siasat," katanya.Terdahulu, mangsa dipercayai terkena sawan dan terjatuh ke laut ketika memancing di tiang No. 32 Jambatan Pertama Pulau Pinang pada tiga hari lepas.Operasi SAR yang memasuki hari ketiga ini telah dikoordinasi oleh MRSC Langkawi melibatkan aset laut Agensi Keselamatan terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua terlibat dalam Operasi SAR ini.Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG
BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT
ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN DI LAHAD DATU AKAN JALANI PEMBEDAHAN LAGI
KOTA KINABALU, 23 APRIL – Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.
Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) juga selaku Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.
Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.
Turut sama pada sesi lawatan tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli serta Pegawai Memerintah KM Banggi, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dan Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Muhamad Soleh bin Halim yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR).
Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.
Terdahulu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.