KUALA PERLIS, 14 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Kuala Perlis telah merampas sebanyak 30 unit bubu naga (bubu kambang) di tiga lokasi yang berbeza pada kedudukan 0.79 batu nautika, 0.84 batu nautika dan 1.0 batu nautika dari barat daya Kuala Sanglang pada jam 9.30 pagi hingga 10.45 pagi 8 Julai lalu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, berikutan kekerapan aduan yang diterima, pihaknya menggandakan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan.
“Bot peronda Maritim Malaysia telah diaturgerakkan ke lokasi tersebut menerusi Operasi Aman / Operasi Benteng Laut 1/2020 dan berjaya mengesan pelampung botol berwarna hijau yang dipasang sebagai penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu yang tidak bertanggungjawab di perairan berkenaan,” jelasnya.
Penggunaan bubu naga dilarang sama sekali kerana mempunyai lebih kurang 20 pintu yang panjang dan boleh mengakibatkan hidupan laut yang kecil masuk ke dalam bubu berkenaan.
“Penggunaan bubu naga tersebut turut menjejaskan sumber perikanan negara kerana sifatnya yang tidak selektif dan memerangkap anak ikan komersial selain turut memusnahkan ekosistem laut negara,” katanya.
Tambahnya lagi, kejayaan dalam beberapa operasi terbaharu ini adalah hasil kerjasama di antara komuniti nelayan dan Maritim Malaysia menerusi beberapa siri perjumpaan yang telah dilaksanakan.
Maritim Malaysia Zon Kuala Perlis turut memberi perhatian yang serius terhadap aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan kaedah rawa sorong, penangkapan ikan di luar kawasan yang dibenarkan dan pencerobohan bot nelayan asing.
Menurut beliau lagi, kesalahan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan. Kesemua bubu naga tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari masa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama orang ramai agar segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.