JOHOR BAHRU, 9 Julai 2020 - Bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, telah berlangsungnya majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019 serta Persaraan pegawai dan anggota Maritim Negeri Johor (MN Johor).
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor (PMN Johor), Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri iaitu Puan Irmawati binti Ismail, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam bin Misran, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta semua warga Maritim Negeri Johor.
Seramai 18 pegawai serta anggota telah menerima APC tahun 2019 dan seorang anggota yang bersara sahaja dapat menghadiri majlis pada kali ini. Secara keseluruhan bagi seluruh MN Johor, seramai 43 pegawai dan anggota yang menerima APC serta 5 orang pegawai dan anggota yang bersara pada tahun ini.
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GUNA KRU ASING
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.