PEMANCING JATUH LAUT KETIKA KETIKA MENANGKAP IKAN DITEMUI

ROMPIN, 11 Jun – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika menangkap di perairan 6.1 batu nautika dari Tanjung Gemok 2 hari yang lalu, ditemui petang tadi.

Laksamana Pertama Maritim Hj Amran Bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, “2 orang pemancing yang terjatuh dari bot fiber yang dinaiki mereka dikenali Suhardi bin Sumarno, 39, dan Md Fadhil Hanafi bin Chik, 29. Salah seorang mangsa berjaya berenang ke pulau berhampiran manakala seorang lagi mangsa hilang ditemui pada pukul 4 petang tadi. Operasi mencari ini melibatkan seramai 53 orang anggota dan 9 buah bot termasuk beberapa bot nelayan tempatan yang turut serta dalam pencarian ini”, katanya.

            “Mangsa ditemui terapung oleh abang mangsa yang turut serta dalam operasi mencari kira-kira lebih kurang 1 batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh. Maritime Rescue Sub centre (MRSC) Kuantan menerima makluman penemuan mayat tersebut pada jam 4.20 petang tadi dan ia telah disahkan pemancing yang hilang oleh keluarga mangsa”, tambah beliau lagi.

            Menurutnya lagi, Maritim Malaysia selaku Agensi yang mengkoordinasi Operasi SAR mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut, Taman Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan nelayan tempatan yang terlibat sepanjang pencarian ini.

Komuniti Maritim dinasihatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan semasa cuaca setiap kali turun ke laut bagi mengelakkan sebarang yang tidak diingini berlaku. Sebarang aduan dan kecemasan dilaut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

3    2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG