MARITIM NEGERI SELANGOR PERKASAKAN RONDAAN DAN OPERASI SEPANJANG BULAN RAMADAN

 

WhatsApp Image 2020 05 12 at 6.09.13 PM 1 WhatsApp Image 2020 05 12 at 6.09.13 PM

 

PELABUHAN KLANG, 11 Mei - Berpuasa di perairan negara tidak mematahkan semangat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor untuk meneruskan operasi di sekitar perairan Selangor.

Sejak Januari 2020 sehingga kini Maritim Negeri Selangor telah melakukan 806 pemeriksaan ke atas bot dan kapal serta 29 tangkapan telah dibuat atas pelbagai kesalahan.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Danga, Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata, rondaan dan kawalan terus dipertingkatkan bagi memastikan komuniti maritim mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, bagi membantu usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

‘‘Sebagai petugas barisan hadapan, kami berbuka puasa bergilir-gilir demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan serta memastikan keselamatan negara terkawal,” ujar beliau.

Tambah beliau, seiring dengan menggalas tugas yang diberikan, kebajikan anggota juga sentiasa dititikberatkan seperti menyediakan juadah berbuka puasa yang enak disamping kuih-muih yang disediakan oleh ‘Chief Of Galley’ atau lebih dikenali sebagai COG bagi meningkatkan motivasi anggota ketika pelayaran.