JOHOR BAHRU, 22 April - Op-Pintas Bersepadu Selatan secara rasminya dilancarkan pada hari ini. Operasi ini merupakan kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor.
Pelancaran operasi khas tersebut yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Aminnudin bin Haji Abdul Rashid, bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Kaharudin bin Katan; Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohd Hamiddan bin Maryani dan Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin bin Tahir.
Operasi ini melibatkan perkongsian intelligent, sumber manusia dan aset bagi menangani aktiviti jenayah rentas sempadan. Fokus utama adalah untuk memastikan daratan, perairan dan sempadan negeri Johor tidak dibolosi dan dicerobohi khususnya kemasukan pendatang asing yang berkemungkinan membawa bersama wabak Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) dari negara luar.
Kawalan di daratan akan dipertingkatkan melalui penyusunan semula aturgerak kekuatan Markas 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mempunyai pos-pos kawalan di persisiran pantai sepanjang negeri Johor. Sementara di peringkat daerah, Ketua Polis Daerah akan mempertingkatkan lagi Sekatan Jalanraya (SJR) yang sedia ada.
Kawalan di lautan pula dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) akan menyelaraskan aturgerak aset di lautan bagi memastikan aset digunakan secara optimum. Begitu juga dengan perkongsian intelligent bagi membanteras kemasukan migran dan barangan seludup yang diurus oleh tekong-tekong laut. Operasi ini akan diteruskan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tamat bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negeri Johor.
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.