PELABUHAN KLANG, 16 April - Maritim Malaysia Negeri Selangor pada hari ini berkesempatan menghulurkan bantuan sempena Program Sahabat Maritim Khas Covid-19 kepada komuniti maritim yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dalam Fasa Ketiga.Adun Selat Klang, YB Datuk Abdul Rashid Asari telah berbesar hati untuk turut bersama-sama menjayakan majlis penyerahan bantuan tersebut bersama Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim kepada 60 orang penerima sumbangan di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. Bantuan yang telah disampaikan adalah berupa beras, tepung, minyak masak serta keperluan asas makanan yang lain.Rosli berkata, Maritim Malaysia sentiasa prihatin dengan nasib komuniti maritim yang sukar mendapatkan bekalan dalam tempoh PKP ini selain menghargai kerjasama yang diberikan oleh komuniti maritim.“Saya juga menasihatkan komuniti maritim untuk sentiasa berada di rumah, menjaga kebersihan dan mengikut arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian virus pandemik ini agar negara kita kembali pulih seterusnya memenangi perang wabak ini,” katanya.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.