PELABUHAN KLANG, 27 Mac – Sebuah bot penumpang diarah patah balik ke kapal selepas dikesan membawa seorang kru warga Myanmar di Perairan Tanjung Harapan, di sini hari ini, bagi mengelakkan risiko penularan koronavirus (Covid-19). Cubaan itu dikesan semasa rondaan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam Operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sekitar Perairan Selangor.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata, bot penumpang atau teksi air terbabit dilihat keliru dengan PKP yang sedang dikuatkuasakan. Adalah tidak dibenarkan membawa penumpang kru kapal lain kerana bimbang risiko jangkitan wabak Covid-19. Kru kapal yang berlabuh terutama warga asing dilarang untuk keluar dari kapal kerana mereka tidak diketahui sama ada terdapat jangkitan atau sebagainya."Jika pihak kapal hendak membeli keperluan asas, mereka boleh menghubungi agen mereka dan menggunakan teksi bot untuk penghantaran bekalan yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian selepas operasi terbabit. Sekiranya gagal mematuhinya, tindakan akan diambil mengikut Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Pemantauan ini akan terus diperkasa dari semasa ke semasa dalam usaha mengawal dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.