KOTA KINABALU, 13 Mac - Satu cubaan mengebom ikan berjaya dipatahkan Zon Maritim Kota Kinabalu di kedudukan 0.55 batu nautika Tanjung Tavajun pada 6.40 petang semalam.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli bin Abdulah, bot ronda Maritim yang melaksanakan Operasi Sejahtera dan Operasi Naga Timur di sekitar perairan Kota Kinabalu semalam telah mengesan sebuah bot pam yang kelihatan mencurigakan, setelah menyedari kehadiran bot Maritim krew pam bot tersebut cuba untuk melarikan diri dan berlaku aksi kejar mengejar dan dalam masa yang sama kelihatan krew bot pam itu membuang tali sauh ke laut dipercayai bahan letupan. Menurut anggota bot terdapat seramai empat orang krew bot pam berkenaan telah terjun ke laut dan berenang menuju ke daratan berhampiran.
“Bot pam yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan memiliki hasil tangkapan ikan lebih kurang 50 kg. Apabila diperiksa oleh anggota Maritim antara hasil ikan yang dibom adalah ikan-ikan batu karang. Bot pam tersebut telah dibawa masuk ke jeti APMM Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat”, jelasnya.
Menurut beliau lagi, bot pam tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya). Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda dibawah seksyen 25 (a) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan asing atau orang yang berkenaan itu ialah rakyat negara asing, dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap orang dalam hal pemunya atau nakhoda, dan enam ratus ribu ringgit dalam hal tiap-tiap anggota kru. Manakala denda yang boleh dikenakan untuk warganegara di bawah seksyen 25 (b) tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.“Aktiviti bom ikan ini bukan sahaja salah disisi undang-undang laut negara malah membawa kesan negatif pada ekosistem laut, antaranya kemusnahan pada batu karang yang menjadi habitat kepada ikan-ikan kecil dan hidupan laut yang lain. Selain kemusnahan kepada ekosistem laut aktiviti mengebom ikan ini juga boleh menyebabkan kecederaan dan boleh menyebabkan kematian kepada si perlaku dan mereka yang melakukan aktiviti menyelam”, jelasnya.
Rosli turut menegas bahawa Maritim Malaysia akan terus melakukan operasi dan risikan bagi membanteras aktiviti bom ikan ini. Selain itu tidak ada kompromi kepada mereka yang mendalangi aktiviti tersebut.
Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mengebom ikan yang berlaku di sekitar perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 dan talian MERS 999.
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT
TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)
PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS
PERKEMBANGAN KES TEMBAKAN DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA
OP KHAS PAGAR LAUT | DUA ANGGOTA MARITIM MALAYSIA CEDERA TERKENA TEMBAKAN
LAWATAN KEBAJIKAN KSU KDN ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN
TAWAU, 12 APRIL – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama isteri mengadakan lawatan kebajikan ke atas Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel, Ketua Bot BANGGI 48 dari Zon Maritim Lahad Datu yang cedera susulan insiden berbalas tembakan semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot pada 7 April lalu, kira-kira pada jam 8.40 pagi di Kampung Pangi, Kunak.
Ketibaan beliau dan isteri pagi tadi disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi, Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin bersama Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Tawau, Dr. Azman bin Ibrahim.
Terdahulu, dalam kejadian tersebut sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang digunakan suspek telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot BANGGI 48 milik Maritim Malaysia ketika anggota bot cuba menghampiri bot suspek untuk pemeriksaan rutin OPERASI KHAS PAGAR LAUT.
Berikutan itu anggota penguat kuasa Bot BANGGI 48 yang terdiri seramai enam orang bertindak membalas tembakan ke arah suspek sebagai tindakan mempertahankan diri serta cubaan menangkap kesemua suspek tersebut.
Suspek kemudiannya melarikan diri dengan memecut laju bot yang sama ke arah sempadan perairan.
Insiden penembakan itu telah menyebabkan kecederaan ke atas Ketua Bot KILAT 48 yang mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing impak daripada tembakan tersebut.
Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah selesai menjalani pembedahan mata dan disahkan buta mata kiri akibat serpihan benda asing tersebut mengenai saraf mata kiri beliau, beliau telah dimasukkan ke Wad 8, Hospital Tawau dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan susulan.
Datuk Haji Ruji bagi pihak Kementerian Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan kepada anggota Maritim Malaysia tersebut serta sempat memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk terus tabah dengan ujian ini.
Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan ini ialah YB Datuk Andy Muhamad Suryandy bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan merangkap Pembantu Menteri KBS Sabah.