20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM NEGERI SELANGOR PATAHKAN CUBAAN SELUDUP MASUK JAMU DAN BARANG KOSMETIK

PELABUHAN KLANG, 9 MAC 2020 - Maritim Negeri Selangor berjaya mematahkan cubaan seludup masuk barang yang dibawa oleh sebuah bot barter trade di kedudukan 0.2 batu nautika Pelabuhan Barat Klang kira-kira jam 3.40 petang, kelmarin. 

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim berkata, hasil daripada maklumat risikan, bot maritim berjaya menahan bot barter trade itu dan hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 lelaki warganegara Indonesia berada di atas bot termasuk nakhoda.

Menurut Rosli, kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah namun disyaki membawa barangan yang tiada dalam manifest dan tidak mendapat pengisytiharan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Antara barang yang dibawa adalah magic tissue, jamu, minyak kayu putih, madu, losyen, ubat gigi, deodoran dan pelbagai barangan kosmetik.

“Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Balai, Indonesia ke Jeti Asa Niaga, Pelabuhan Klang dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak  RM618,167.20  termasuk bot. Kesemua OYDS berusia dalam lingkungan 28 hingga 44 tahun disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (A) Akta Kastam 1967, Peraturan 130 Peraturan Makanan 1985, Peraturan 7 dan 18A, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Seksyen 361 dan 365A Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dimana jika disabit kesalahan boleh di denda minimum 200 hingga 500 ribu. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut” ujar beliau. 

WhatsApp Image 2020 03 08 at 1.16.06 AM

WhatsApp Image 2020 03 08 at 1.16.07 AM

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC