TAWAU, 17 JANUARI - Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis syabu ke negara jiran di sekitar perairan Tawau semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, pada jam lebih kurang 5 petang sea bot Kapal Maritim Malaysia yang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot kayu yang bergerak keluar secara melulu dan mencurigakan dari Kampung Titingan, Batu 4, Tawau. Lantas, bot Kapal Maritim Tawau mengejar mereka lalu memintas serta menahan bot kayu tersebut bagi melakukan pemeriksaan rutin terhadap mereka. Bot kayu tersebut dipercayai menuju keluar ke Pulau Nunukan, Indonesia dari Kampung Titingan, Batu 4, Tawau.
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat 2 orang di atas bot kayu itu dipercayai warga asing dari negara jiran. Mereka terdiri daripada seorang juragan (lelaki) dan seorang penumpang (lelaki) masing- masing berumur 41 dan 43 tahun (akuan lisan) juga telah mengaku tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat sebuah bungkusan plastik berwarna hitam, berbentuk bujur seperti bola ragbi di dalam bot kayu tersebut disyaki mengandungi dadah sejenis syabu ( Methamphetamine ). Dadah berkenan mempunyai berat kira-kira 289g di mana ianya dianggarkan bernilai RM 50,000.00 . Bot kayu, serta bungkusan tersebut dirampas serta kedua-dua warga asing yang ditahan berkenana diringi masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau seterusnya diserahkan kepada Pegawai Unit Siasatan Jenayah Maritim, Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63. Nilai keseluruhan rampasan dadah itu termasuk bot berserta enjin dianggarkan bernilai lebih kurang RM 60,000.00 .
Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.