KOTA TINGGI, 02 Okt - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki berlabuh tanpa kebenaran pada petang semalam di perairan Permatang Timur, Pantai Timur Johor.
Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, Pengarah ZMTS berkata, ''MT MARIOS G yang panjangnya 175 Mtr dan berdaftar di Panama ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan lebih kurang 11 batu nautika Timur Tanjung Penawar pada lebih kurang 4.10 petang.
Menurutnya lagi, penahanan dibuat setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.
''Kapal tersebut yang dikendalikan oleh 24 kru termasuk Nakhoda (Master) berwarganegara Filipina berumur lingkungan 20 hingga 58 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati kapal tersebut masih belum melantik agen perkapalan tempatan bagi mendapatkan kelulusan Pengarah Laut dan kru-kru kapal tidak berkerjasama sepenuhnya." jelasnya.
''Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya'' katanya lagi.Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedeli
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.