KUANTAN, 25 OKTOBER – Maritim Malaysia Negeri Pahang telah menahan dua buah bot nelayan disyaki bot nelayan asing Vietnam bersama dua orang tekong dan 21 awak-awak di kedudukan lebih kurang 64 batu nautika dari Kuala Pekan, Pahang lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.
Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar,Pengarah Maritim Negeri Pahangberkata,hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan telah menceroboh perairan Malaysia dan melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran .
“ Kesemua meraka dan bot diiringi ke jeti Zon Maritim Kemaman dan hasil ikan campur seberat dirampas. Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 2 Juta.Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran.
Tambahannya,, jika disabitkan kesalahan kedua-dua tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang atau penjara tidak melebihi tiga tahun manakala semua awak-awak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100 ribu setiap seorang atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.