KUANTAN, 5 November - Sebuah bot nelayan tempatan bersama seorang tekong dan seorang awak awak warga Myanmar telah ditahan di kedudukan 16 batu nautika dari Kuantan.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, bot dalam keadaan yang mencurigakan itu dikesan oleh anggota bot yang ketika itu sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Kuantan.
" Pemeriksaan mendapati terdapat dua warga Myanmar berumur 35 dan 37 tahun berada di atas bot berkenaan dan kedua-duanya merupakan pemegang kad pelarian (UNSCR). Mereka ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam dengan hasil tangkapan berupa ikan campur seberat 50 kilogram," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambahannya,keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 50,000 dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menagkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.
Pihak Maritim akan bertindak tegas kepada bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan zon tangkapan ikan. "Maritim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara hidupan marin supaya tidak terjejas," katanya.
Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.