TAWAU, 13 NOVEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah kapal tunda disyaki telah melakukan kesalahan di sekitar perairan Tawau, hari ini.Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot peronda yang menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab telah menahan sebuah bot nelayan tempatan sekitar jam11.15 pagi di perairan Timur Laut Sungai Dumpas, Tawau.Pemeriksaan mendapati, bot nelayan terbabit sedang menjalankan aktiviti perikanan kurang daripada 2 batu nautika dari daratan terdekat. Seorang juragan lelaki dan dua awak-awak llaki dewasa warga Indonesia masing- masing berumur dalam lingkungan 27 hingga 34 tahun memiliki dokumen pengenalan diri ditahan termasuk bot nelayan ditunda masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut. Kes seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan Tawau.Pada masa yang sama, Pihak Maritim Malaysia turut menahan sebuah kapal tunda tempatan sedang menuju ke Tawau dari perairan Kalabakan sekitar jam 12.15 tengahari.Ketika ditahan, kapal tunda terbabit sedang menunda muatan kayu balak. Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat juragan dan dua awak- awak warga Indonesia berumur dalam lingkungan 29 hingga 43 tahun.Dua awak- awak yang diperiksa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala juragan kapal tunda telah mengemukakan dokumen pengenalan diri telah tamat tempoh serta dokumen meragukan sebagai juragan serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda semasa diperiksa.Juragan dan awak- awak termasuk kapal tunda ditahan seterusnya diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.
Sumber : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.