TAWAU, 23 NOVEMBER - Zon Maritim Tawau telah menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Pluto Timur di kawasan perairan Custom Immigration Quarantine ( CIQ ) lama, Tawau semalam.Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, kapal peronda yang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot penumpang mempunyai nombor pendaftaran yang mencurigakan.Bot penumpang terbabit ditahan oleh anggota-anggota menggeledah kapal peronda yang terus bergegas ke lokasi menggunakan sebuah sea boat bagi tujuan pemeriksaan pada jam lebih kurang 4.30 petang.“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat seorang juragan dan enam penumpang terdiri daripada lima lelaki dewasa dan dua wanita disyaki warga Indonesia masing-masing berumur antara 13 hingga 51 tahun. Juragan dan penumpang yang diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati nama juragan yang mengemudi bot penumpang adalah tidak sama seperti dalam lesen bot yang dikemukakan kepada pihak Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, disini, hari ini..Tambahannya, kesemua yang diperiksa ditangkap manakala bot penumpang dtahan dan diibawa masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) kerana dipercayai cuba menyusup keluar dari daerah ini secara tidak sah.Tegasnnya lagi, kesemua pengusaha dan pemilik bot penumpang diingatkan agar mematuhi garis panduan sedia ada khususnya di perairan Tawau pada setiap masa. Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha dan pemilik bot penumpang yang didapati menjalankan aktiviti penyusupan keluar dan masuk PATI mengikut laluan yang tidak diwartakan." Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal", katanya.Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di perairan Tawau boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Sumber/ Foto :Staf Perhubungan AwamZon Maritim Tawau
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
CEROBOH PERAIRAN NEGARA, BOT NELAYAN ASING VIETNAM DITAHAN
LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM1.04 JUTA
122 SISWA GURU DAN PENSYARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK MELAWAT MARITIM NEGERI SARAWAK
KUCHING, 18 Mac – Bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia di samping merapatkan hubungan silahturahim dengan masyarakat, kunjungan ilmu atau lawatan sambil belajar adalah salah satu program yang sering dilaksanakan.
Baru-baru ini sebanyak 122 siswa guru termasuk pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Semarahan telah hadir ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 15 Mac (Jumaat) lalu.
Selain bertujuan untuk mendekatkan Agensi dengan golongan pendidik, program ini adalah platform bagi merealisasikan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran (KPPB) melalui rakan pembelajaran yang pakar dalam topik yang dipelajari iaitu 'Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya dari perspektif APMM'.
Dalam lawatan ini, para siswa guru diberikan taklimat berkenaan cabaran pertahanan negara oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disusuli taklimat mengenai tajuk cabaran memerangi rasuah oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Generawi.
Seterusnya delegasi dibawa ke bilik krisis bagi melihat sendiri bagaimana Maritim Malaysia mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) atau SAR di laut.
Program diakhiri dengan lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM SRI AMAN.