20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

BOT FIBER DINAIKI 2 ORANG NELAYAN MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN DI LAUT BERJAYA DITEMUI

UANTAN, 13 Disember – Bot fiber yang di naiki dua nelayan yang dilaporkan hanyut  akibat kerosakan enjin kira-kira 8.2 batu nautika daripada Tanjung Gelang, Kuantan semalam telah ditemui jam 4.00 petang tadi.

Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, bot fiber bernombor pendaftaran PHS 1208 yang di naiki dua nelayan dikenali Shaharul Nizam Mat yasin, 44 dan Mat Yasin Sulong, 67.

“Maklumat penemuan kedua-dua nelayan tersebut telah diterima oleh Maritime Rescue Sub centre (MRSC) Kuantan oleh nelayan yang melalui kawasan tersebut di kedudukan 11 batu nautika dari lokasi bot mangsa dilaporkan rosak. Mangsa telah diselamatkan dan bot mereka telah ditunda ke Jeti Tanjung Api, Kuantan” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada jam 5.30 petang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi ini.

Sehubungan itu, komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan semasa cuaca setiap kali turun ke laut bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

 Nelayan Bot Rosak Nelayan Bot Rosak1

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC