18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

PUTRAJAYA, 22 OGOS - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Madya Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baru, di sini hari ini.

            Pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima berkuatkuasa pada 19 Ogos 2019, sekali gus menyaksikan kenaikan pangkat beliau daripada Laksamana Madya Maritim kepada Laksamana Maritim bagi menggantikan Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang telah bersara wajib pada 5 Ogos lalu.

            Majlis Kenaikan Pangkat dan Pelantikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin dan diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato' Seri Alwi Bin Hj Ibrahim.

Dato’ Mohd Zubil, merakamkan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan kerajaan, Ketua Setiausaha Negara dan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau bagi menerajui Maritim Malaysia.

            “Saya akan berusaha sebaik mungkin menaikan imej dan prestasi Maritim Malaysia sejajar dengan visi Maritim Malaysia iaitu menjadikan agensi ini sebuah agensi penguatkuasa serta mencari dan menyelamat bertaraf dunia,” jelas beliau lagi.

Pelantikan Dato’ Mohd Zubil sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau yang amat meluas dan mendalam khususnya dalam penguatkuasaan undang-undang maritim serta mencari dan menyelamat di laut.

            Beliau telah berkhidmat di dalam Maritim Malaysia sejak tahun 2006 dan telah memegang pelbagai jawatan di dalam sektor operasi, logistik dan pengurusan sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) sejak Oktober 2018.

            Antara pencapaian signifikan Dato’ Mohd Zubil kepada Agensi ini ialah beliau telah mengetuai beberapa operasi membanteras dan menggagalkan rompakan di laut, penyeludupan rokok, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran penyeludupan barangan bercukai dan pencerobohan nelayan asing. Ini adalah sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan yang berpangkalan di Johor.

            Atas khidmat bakti dan kesungguhan tinggi yang telah ditunjukkan beliau, pihak pengurusan tertinggi Maritim Malaysia telah menganugerahkan kepada beliau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013.

            Kewibawaan beliau terus menyerlah, sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan pada Mac 2016 hingga Oktober 2018. Beliau telah terlibat secara langsung dalam merancang dan mengatur pelaksanaan operasi dan penempatan aset Maritim Malaysia di kawasan ESSZONE bagi menjaga keselamatan dan keamanan perairan Sabah Timur .

Selain itu, Dato’ Mohd Zubil turut memberikan komitmen yang tinggi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Sabah. Antaranya, Dato’ Mohd Zubil telah mengetuai satu operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan tiga pelancong warga asing dan seorang warga tempatan yang hilang di laut. Operasi mencari dan menyelamat yang berjalan selama 10 hari ini mendapat liputan meluas dari media dalam dan luar negara. Operasi yang diketuai beliau ini membuahkan hasil dengan kejayaan membawa pulang mangsa yang hilang dengan selamat ke Malaysia. Kecemerlangan ini telah dihargai dengan beliau diberikan surat penghargaan khas daripada Duta Sepanyol ke Malaysia, Wakil Kedutaan China serta keluarga mangsa yang terlibat.

            Komitmen serta kesungguhan beliau sentiasa dapat dilihat semasa menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia. Antara kejayaan beliau sewaktu menyandang jawatan ini ialah beliau merupakan Komander Operasi bagi Operasi NAGA 1/2019 (Ops NAGA) iaitu operasi khas yang ditubuhkan bagi menangani isu pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di perairan negara. Selain itu, beliau juga berjaya mengetuai Maritim Malaysia dalam Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA’19) pada Mac lalu.

            Kejayaan demi kejayaan ini jelas membuktikan pelantikan beliau adalah satu keputusan yang tepat berdasarkan pengalaman, pencapaian serta kelayakan beliau bagi menerajui agensi pasukan penyelamat di laut ini.

            Dato’ Mohd Zubil, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan dari Universiti Malaya, beliau juga memiliki Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari universiti yang sama selain memiliki kepakaran di dalam bidang persenjataan (gunnery specialist) ketika berkhidmat dengan TLDM selama 24 tahun 9 bulan iaitu pada 1981 hingga 2005.

DATO ZUBIL KP BARU

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC