ALOR SETAR, 5 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah mengadakan taklimat kesedaran keselamatan bagi feri penumpang yang diadakan bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) peringkat kebangsaan pagi semalam.
Taklimat kesedaran keselamatan ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi bin Mohd Nadzir kepada 337 penumpang Langkawi Ferry 3 semasa dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.
Taklimat kesedaran keselamatan maritim yang julung kali diadakan ini adalah hasil kerjasama pihak Ferry Line Ventures bagi memberi penerangan tatacara pemakaian jaket keselamatan jenis II yang terdapat di dalam feri penumpang berkenaan serta pengenalan pemakaian jaket keselamatan jenis III dan jenis V.
Pengenalan penggunaan dan kepentingan Personal Located Beacon (PLB) juga turut disampaikan kepada semua penumpang feri sebagai langkah kesedaran.
Wakil Zon Maritim Kuala Kedah juga turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penumpang dan pihak Langkawi Ferry 3 yang telah memberi kerjasama yang baik semasa taklimat dijalankan.
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG
BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.
Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.