20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

BOT KAYU DITAHAN KERANA MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

 

LABUAN, 18 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot kayu (bot nelayan tradisional) pada jam 5.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh, bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan penahanan ke atas sebuah bot kayu di kedudukan 17.5 batu nautika Barat Laut Pulau Labuan ketika melaksanakan rutin rondaan  OP SEJAHTERA 1/2022 ,OP KHAS KUDA LAUT 2/2020 dan OP TIRIS.

Hasil Pemeriksaan mendapati bot kayu tersebut dikendalikan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot  telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985 kerana menangkap ikan tanpa lesen dan juga kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) kerana gagal mempamerkan dokumen bot.

Bot kayu beserta nakhoda telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut. 

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut. Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak melakukan aktiviti perikanan di kawasan pelantar. Pusat Operasi Zon Maritim Labuan boleh dihubungi melalui  talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

 WhatsApp Image 2023 05 19 at 14.31.24
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC