PULAU PINANG, 28 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan OP KHAS PAGAR LAUT tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta.
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25 April yang lalu.
12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak.
Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri Johor telah berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjata melibatkan empat (4) orang warganegara tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu. Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana Merompak Secara Berkumpulan.
Beliau berkata demikian pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas sempena OP KHAS PAGAR LAUT di KM BURAU hari ini.
Turut hadir sama pada sesi berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Hj Mohd Amin.
Saifuddin turut berkata kejayaan OP KHAS PAGAR LAUT ini adalah usaha berterusan Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.
Melalui tindakan berterusan seperti ini beliau berharap Maritim Malaysia akan dapat mengurangkan sekaligus menghentikan aktiviti jenayah seperti penyeludupan PATI serta penyeludupan barangan kontraband, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan banyak lagi.
Sungguhpun OP KHAS PAGAR LAUT akan berakhir pada 30 April nanti, Maritim Malaysia akan meneruskan kawalan dan rondaan di perairan negara dengan beberapa operasi lain di seluruh negara.
BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.